Selepas Sehari 6000 Kakitangan MAS Diberhentikan: Operasi Di KLIA Kelam Kabut, Penerbangan Tertangguh Kerana Tidak Cukup Kaki Tangan . Ternyata pengurangan kakitangan yang dilakukan oleh pihak Malaysia Airlines(MAS) telah membuatkan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi kelam kabut dan dilaporkan ada menyebabkan berlaku beberapa penangguhan waktu penerbangan.
Memetik laporan MalaysiaGazette, selepas sehari keputusan memberhentikan 6,000 kakitangan syarikat itu dilaksanakan, bayak operasi di KLIA menjadi kelam kabut dan lebih memeritkan beberapa petugas yang ada telah dimaki kerana masalah kekurangan kakitangan ini.
Masalah serius berlaku di kuanter kerana dibahagian ini paling ramai pekerja diberhentikan dan ketiadaan kakitangan ‘back-up’ menyebabkan hanya dua kaunter dibuka menjadikan urusan penumpang menjadi lambat.
Sejak tengah hari, penumpang yang sampai untuk lapor diri terpaksa beratur panjang kerana kuanter yang dibuka tidak banyak.
“Tidak sampai 10 kakitangan berada di kaunter hari ini, jadi bayangkan bagaimana kakitangan yang ada terpaksa menguruskan para penumpang dan bagasi.
“Pekerja yang ada menjalankan tugas seperti biasa cuma kelewatan dijangka, jangan marah kakitangan, tanyalah MAS,” katanya.
Menurut kakitangan tersebut melalui MalaysiaGazette, sudahlah kekangan kakitangan, mereka pula dimarahi penumpang kerana perkhidmatan didakwa lembab.
“Patut Ketua Pegawai Eksekutif MAS turun padang, tengok apa yang berlaku di KLIA kerana masalah ini akan belarutan ” tambahnya.
Menurut laman web Flight Radar 24, kira-kira 27 penerbangan yang sepatutnya berlepas daripada KLIA terpaksa ditangguhkan di antara jam 4 petang sehingga 6 petang semalam.
Kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberitahu, balai pelepasan KLIA sesak dengan penumpang yang terkandas dan meraka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia berpunca daripada syarikat penerbangan.
Keadaan kembali reda kira-kira pukul 7 petang selepas kakitangan tambahan terpaksa dipanggil untuk bertugas.
0 Response to "Operasi Di KLIA Kelam Kabut, Penerbangan Tertangguh Kerana Tidak Cukup Kaki Tangan"
Post a Comment