Luahan Sedih Penyanyi Kumpulan Lefthanded, Nash, Selepas Didakwa Sudah Meninggal Dunia





Baru-baru ini heboh di media sosial mengenai penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash, yang didakwa sudah meninggal dunia. Nash ketika dihubungi Berita Harian menyatakan rasa kesalnya di atas perkara yang menimpanya itu.

“Ramai juga yang menghubungi saya kerana dakwaan ini. Alhamdulillah, saya masih hidup. Saya memang sihat dan tak ada masalah apa apa. Siapalah yang buat dan bawa cerita sebegitu. Soal mati janganlah dibuat main. Kepada yang menyebarkan cerita berkenaan, jangan buat macam ini”

“Saya tak berdendam atau simpan perasaan apa apa. Saya maafkan sesiapa yang membawa cerita palsu ini. Semoga kita semua diberkati-Nya. Apapun terima kasih kepada yang menghubungi saya untuk bertanyakan kesahihan cerita ini. Ada juga yang sayang saya,” katanya.

Sebelum ini, pelakon dan pelawak, Os juga pernah menimpa nasib yang sama sehingga terpaksa membuatkan dirinya membawa diri ke Johor. Malah lebih teruk lagi, individu yang mengaku menyebarkan berita palsu tersebut menyatakan niat awalnya adalah untuk bergurau. Mati pun boleh buat gurau, ya?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Luahan Sedih Penyanyi Kumpulan Lefthanded, Nash, Selepas Didakwa Sudah Meninggal Dunia"

Post a Comment