Tempoh masa dua tahun sebagai suami isteri memberi peluang kepada mereka untuk saling mengenali malah setelah mendapat berita gembira mengenai kehamilannya, Fouziah Gous menceritakan bahawa suaminya, Md Zhafran Md Yusof, melayan dirinya umpama puteri.
“Bayangkan sejak berbadan dua ini, setiap malam sebelum tidur dia akan sapukan minyak di kaki saya selain mengusap perut. Pendek kata, apa saja permintaan saya ketika ini pasti dipenuhi. Macam puterilah ibaratnya. Perempuan mengandung memang kuat makan. Mintalah apa saja, dia akan layan dan penuhi”
“Untuk anak pertama ini, saya dan suami terima saja rezeki yang akan dikurniakan kepada kami nanti. Tak ada nak ‘gaduh’ mahukan anak lelaki atau perempuan. Janji sihat dan cukup sifat. Saya tak putus berdoa hari-hari supaya anak yang bakal dilahirkan ini akan sihat dan sempurna. Insya-Allah,” katanya kepada Berita Harian.
Semoga persiapan Fouziah dan suami menyambut anak pertama nanti akan berjalan lancar serta dipermudahkan. Apa pun, pastinya ramai peminat mereka di luar sana tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata baru nanti
0 Response to "Fouziah Gous Dan Suami Tidak Kisah Jantina Anak, Bersyukur Dengan Rezeki"
Post a Comment