Baru-baru ini peminat industri lakonan tempatan dikejutkan dengan berita tentang sikap seorang artis yang semakin popular, Keith Foo apabila beliau telah didenda RM100 kerana memaki seorang anggota polis trafik dengan ayat yang agak kasar.
Jelas sekali berita tersebut sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Keith yang sebelum ini jarang sekali dihimpit dengan kontroversi. Ramai pihak memberikan respon yang agak negatif kepada beliau akibat kes itu.
Namun, Keith telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan kejadian itu cuma satu salah faham dan tidaklah begitu teruk seperti yang dilaporkan sebelum ini. Malah, beliau tidak lagi mempunyai sebarang masalah dalaman bersama anggota polis tersebut dan sudah memohon maaf pada beliau pada waktu kejadian.
Saya minta maaf dengan apa yang terjadi. Saya juga manusia biasa yang tidak lari kesilapan. Saya menyesal dan memang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Nasihat saya, jadikan ia teladan dan tolonglah patuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Davis arah bulatan Kampung Pandan, pada jam 4.30 pagi, 15 Mac lalu. Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil No 3/55 Pindaan 33/87 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100. Keith Foo telah pun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan diarahkan membayar denda RM100 atau akan dipenjarakan 10 hari sekiranya gagal membayar denda.
Sumber: BeautifulNara
0 Response to "2 Gambar Memaki Hamun Polis Trafik, Keith Foo Di Heret Ke Mahkamah"
Post a Comment