ROZITA CHE WAN AKUI MEMANG SUDAH BERSEDIA UNTUK TIMANG ANAK LAGI


Walaupun baru sahaja melahirkan puteri sulungnya Aaisyah Dhia Rana dua bulan lalu dalam usia 40-an, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan akui dia teruja untuk hamil lagi selepas ini. Che Ta itu berkata jika tiada halangan kesihatan dia mahu hamil lagi paling cepat pada penghujung tahun ini katanya.

“Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi lepas ni dan paling awal hujung tahun ini lah. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat ini kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.

“Tapi kita kena ikut nasihat doktor macam mana jika kesihatan dan keadaan saya mengizinkan, saya memang nak hamil lagi.




“Kalau tiada apa halangan insyaAllah saya merancang hendak hamil selepas Aaisyah Dhia Rana sudah besar sedikit,” katanya.

Tambah Rozita Che Wan lagi dia memahami perasaan suaminya, Zain Saidin yang teruja untuk menimang cahaya mata lagi dan membina keluarga bersama-samanya.




“Yelah, Zain pun memang minat budak kecil. Dia pun beri semangat kepada saya jika saya mahu hamil lagi. Jadi apa salahnya saya ikut permintaanya jika saya mampu untuk hamil lagi nanti,” luahnya lagi kepada kami..

Semoga Rozita Che Wan Dan Zain Saidin di murah kan rezeki...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ROZITA CHE WAN AKUI MEMANG SUDAH BERSEDIA UNTUK TIMANG ANAK LAGI"

Post a Comment