5 Perangai Keyboard Warrior di Malaysia Yang Wajib Anda Tahu


Ketika zaman perang dahulu kala, Kesemua pahlawan kena turun padang untuk bertarung. Namun, teknologi membantu kita untuk mencapai satu tahap di mana kita boleh menjadi pahlawan dengan hanya berada di rumah, menghadap laptop. Selamat datang ke dunia online


1. Pakar Dalam Segala Bidang

Anda ingat lagi ketika kejadian MH370 berlaku. Tiba-tiba Malaysia bagaikan dirahmati dengan pakar juruterbang yang selama ini hanya berdiam diri. Begitu juga dengan isu banjir.

Pelbagai maklumat dan juga konfigurasi kejadian dikupas. Tapi ingat, jangan disangkal pendapat mereka, jika tidak, anda tidak akan dapat like yang banyak. Like for life!

2. Proton, Nasib Anda Sentiasa Malang

Proton adalah syarikat pembuatan kereta yang paling low class di Malaysia. Badan kereta Proton adalah diperbuat daripada tin biskut atau tin Milo. Bayangkan betapa daifnya negara kita dalam bidang automotif. Inilah nasib Proton di tangan keyboard warrior.

Kebiasaannya pejuang pejuang papan kekunci ini akan tulis komen di laman sosial dan kemudian akan pergi makan. Dia akan ambil kunci dan keluar. Lalu dia tekan unlock kereta. Proton jugak kau pakai rupanya. Membebel di laman sosial mengenai Proton tapi poket sendiri tidak mampu hendak pakai lebih. Ingatkan CEO syarikat kereta mana tadi.

3. Kongsi Maklumat Tanpa Siasat

Ini juga merupakan satu sikap yang kami rasa bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia pun mengalami perkara yang sama. Perkongsian secara tidak ada usul periksa ini impaknya adalah besar jika terdapat salah informasi.

Dan kepada anda yang selalu di tag pada Facebook atau menerima Whatsapp berantai, jangan bersedih kerana anda bukan berseorangan. Saya sarankan anda share artikel ini kepada 50 orang, jika tidak anda akan ditakdirkan hanya mampu beli kereta Proton seumur hidup. Bayangkan kehidupan anda selepas itu.

4. “Tak Puas Hati, Aku Bawak Geng Gaduh”

Kami paling suka baca komen yang berbalah. Paling best adalah apabila ada yang mahu ajak bertumbuk. Dengan sokongan geng dan kumpulan, mereka sungguh berani. In real life, kami harap anda juga adalah seorang abang berbadan sasa dan mendengar kata ibu bapa.

Cuba teka, lepas mereka berbalah dan nak panggil geng di Facebook, apa mereka buat? Mesti mereka akan lapar, bukan? Jika mereka lapar….. (rujuk point 2)

5. Sempurna

Kebiasannya kehidupan di dunia online adalah penuh dengan perasaan hasad dengki. Kita bebas menilai setiap orang namun dalam masa yang sama kita tidak perlu terlibat sama dalam perkara yang membuktikan level pemikiran serendah bumper kereta yang masuk autoshow.

Keyboard warrior biasanya dilahirkan sempurna dan tidak boleh ditegur. Pendapat mereka adalah yang betul seadanya. Jadi, jika boleh jangan terjebak dengan pertelingkahan di laman sosial. Nanti jika mereka panggil geng macam mana?

Pendapat yang kami nyatakan di sini adalah melalui pemerhatian sepanjang kami hidup di dalam dunia yang ada internet. Kadang-kadang pertelingkahan begini boleh jadi jenaka pagi bagi kami.

Cukup lima point sahaja kali ini, perut kami sudah terasa lapar. Di mana ya kunci kereta tadi?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "5 Perangai Keyboard Warrior di Malaysia Yang Wajib Anda Tahu"

Post a Comment